SELAMAT DATANG KE BLOG AZAHRI AHMAD DT
Dari Abu Hurairah r.a berkata meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Sesiapa yang untuk menghasilkan dunia telah mempelajari suatu ilmu yang sepatutnya dipelajari untuk mendapatkan redha Allah SWT, dia pada hari Kiamat nanti tidak akan mencium walaupun bau syurga. (HR Abu Daud)

Random Hadith Widget

Sunday, 10 November 2013

LAWATAN KE LEGOLAND MALAYSIA

Lawatan sekolah ke Legoland pada 12 November 2013. Semua yang terlibat perlu berada lebih awal kerana  dijangka bertolak pada jam 6.30 pagi.

Berhati-hati dijalanan. Semoga selamat tiba ke destinasi dan selamat sampai ke sekolah semula.

Tahniah Unit Lawatan SR Arab JAIM Jelatang untuk program lawatan tahun ini. Harap tahun akan datang program ke Sabah/Sarawak/Pantai Timur/Utara/Pantai Barat.

Tuesday, 29 October 2013

SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARAM 1435 HIJRAH PADA 5 NOVEMBER 2013. SEMOGA DI TAHUN  BAHARU INI BERTAMBAH AMALAN DAN DIPENUHI RAHMAT SERTA BERKATDARI ALLAH. INSYAALLAH


Wednesday, 21 August 2013


SALAM AIDILFITRI 1434 H

Sambutan dan jamuan Hari Raya Aidilfitri 1434 H peringkat sekolah akan diadakan seperti ketetapan berikut:

   Tarikh   : 26 Ogos 2013 (19 Syawal 1434 H)
   Masa    : 12.00 tengah hari

Oleh itu, adalah diharapkan sedikit sumbangan dari ibu bapa berupa sepiring kuih atau lain-lain untuk jamuan pada hari tersebut. Guru-guru akan menyediakan menu yang pelbagai pada hari tersebut.

Akhirnya, unit HEM SRAJJ mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Tuesday, 30 July 2013

HADIS-HADIS MALAM LAILATUL QADAR
قَالَ أُبَىٌّ وَاللَّهِ الَّذِى لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ إِنَّهَا لَفِى رَمَضَانَ - يَحْلِفُ مَا يَسْتَثْنِى - وَوَاللَّهِ إِنِّى لأَعْلَمُ أَىُّ لَيْلَةٍ هِىَ. هِىَ اللَّيْلَةُ الَّتِى أَمَرَنَا بِهَا رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- بِقِيَامِهَا هِىَ لَيْلَةُ صَبِيحَةِ سَبْعٍ وَعِشْرِينَ وَأَمَارَتُهَا أَنْ تَطْلُعَ الشَّمْسُ فِى صَبِيحَةِ يَوْمِهَا بَيْضَاءَ لاَ شُعَاعَ لَهَا.
Ubay (bin Ka'ab) berkata, "Demi Allah yang tiada tuhan melainkan Dia. Sesungguhnya ia terjadi di bulan Ramadhan. Dan demi Allah sesungguhnya aku mengetahui malam itu. Ia adalah malam yang Rasulullah memerintahkan kami untuk qiyamullail, yaitu malam kedua puluh tujuh. Dan sebagai tandanya adalah pada pagi harinya matahari terbit dengan cahaya putih yang tidak bersinar-sinar menyilaukan." (HR. Muslim) 

الْتَمِسُوهَا فِى الْعَشْرِ الأَوَاخِرِ - يَعْنِى لَيْلَةَ الْقَدْرِ - فَإِنْ ضَعُفَ أَحَدُكُمْ أَوْ عَجَزَ فَلاَ يُغْلَبَنَّ عَلَى السَّبْعِ الْبَوَاقِى 
Carilah ia -lailatul qadar- di sepuluh malam terakhir. Jika salah seorang kalian lemah atau tidak mampu, maka janganlah ia kalah di tujuh malam terakhir. (HR. Muslim) 

 عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَرَأَيْتَ إِنْ عَلِمْتُ أَىُّ لَيْلَةٍ لَيْلَةُ الْقَدْرِ مَا أَقُولُ فِيهَا قَالَ قُولِى اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ كَرِيمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّى
Dari Aisyah ia berkata, "Aku bertanya, 'Ya Rasulullah jika aku mengetahui bahwa malam itu adalah lailatul qadar, apa yang harus aku ucapkan waktu itu?' Rasulullah bersabda, 'Ucapkanlah: Allaahumma innaka 'afuwwun kariim tuhibbul 'afwa fa'fu 'annii (Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf lagi Maha Mulia, Engkau Mencintai Pemaafan, maka maafkanlah aku).' (HR. Tirmidzi, shahih menurut Al-Albani). 

Tanda Tanda Malam Lailatul Qadar

Pesan junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W adalah malam qadar berlaku pada satu malam daripada 10 malam terakhir (hari ganjil) bulan ramadhan.

Petua oleh Imam Ghazali dan lain-lain ulama untuk cari mencari malam Lailatul Qadar

Jika awal ramadhan jatuh pada hari:

I) Ahad atau Rabu malam qadar dijangka berlaku pada malam 29 ramadhan

II) Isnin – malam qadar dijangka berlaku pada malam 21 ramadhan;

III) Selasa atau jumaat – malam qadar dijangka berlaku pada malam 27 ramadhan;

IV) Khamis- malam qadar dijangka berlaku pada malam 25 ramadhan;

V) Sabtu- malam qadar dijangka berlaku pada malam 23 ramadhan

Kata Sheikh Abu Hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan lailatul qadar pada malam yang tepat mengikut petua diatas. Walau bagaimanapun, janganlah ibadat pada malam ini sahaja, carilah malam qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga.

Tanda malam qadar ialah :

Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas;
Siangnya cahaya matahari warnanya pucat;
Pada malam itu malaikat jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.


Marilah kita beramai-ramai memeriahkan suasana 10 malam terakhir ramadhan dengan beribadat kepada allah swt dengan ikhlas dan penuh keimanan, mudah-mudahan kita dapat kurniaan allah yang kelebihannya pahalanya melebihi – 1000 bulan atau 83 tahun umur kita.

Wednesday, 17 July 2013


::.. RENUNGAN RAMADHAN ..:::

Seorang mufti Besar Arab Saudi menangis teresak-esak setelah menerima soalan melalui telefon dalam sebuah rancangan tv live.

Panggilan tersebut datang daripada seorang saudara islam dari Somalia dengan bertanya:

"Adakah PUASA saya (dan kami) sah dan diterima Allah SWT sedangkan saya (kami) tidak dapat bersahur atau berbuka?"

Saudara kita di Somalia tiada apa-apa untuk bersahur dan berbuka sedang kita enak menjamu selera dan aman damai. 

Fikir-fikirkanlah buat renungan semua...

______________________________

“Orang yang memberikan hidangan berbuka puasa kepada orang lain yang berpuasa, ia akan mendapatkan pahala orang tersebut tanpa sedikitpun mengurangi pahalanya.” 

-(HR. At Tirmidzi no 807, ia berkata: “Hasan shahih”)

“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam biasa berbuka puasa dengan beberapa ruthab (kurma basah), jika tidak ada maka dengan beberapa tamr (kurma kering), jika tidak ada maka dengan beberapa teguk air.” 

-(HR. At Tirmidzi, Ahmad, Abu Daud, dishahihkan Al Albani di Shahih At Tirmidzi, 696)
______________________________________


BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
PUISI RENUNGAN RAMADHAN "MELIHAT"

Bila ada perbuatan sebesar biji sawi
Yang tersembunyi di dalam batu
Atau tersembunyi di dalam bumi
Atau tersembunyi di langit
Dalam selimut kegelapan malam
Dan kabut hitam kelam
Allah pasti mengetahuinya
Dan akan membalasnya
Karena Allah Maha Halus
Karena Allah Maha Mengetahui
Tak seorangpun dapat sembunyi
Dan sia-sia saja coba menghindar
Puasa melatih kesadaran diri
Akan penglihatan-Nya yang tak tertabiri
Akan pengetahuan-Nya yang tak tertandingi
Disiplinkan diri jalani puasa
Menahan diri atas semua hal yang membatalkannya
Walau tak seorang pun melihat kita
PUISI RENUNGAN RAMADHAN "BERANI"

Mengapa harus berani?
Karena musuh tak akan gentar oleh penakut
Karena muuh akan bersorak sorai melawan penakut
Karena musuh akan menginjak-injak harga diri penakut

Mengapa harus berani?
Karena berada di jalan-Nya
Ementara muuh menyalahi jalan-Nya
Itu berarti Allah bersama kita
Dan akan menjaga kita
Dan melindungi kita
Dan menjamin masa depan kita
Selama kita setia di jalan-Nya
PUISI RENUNGAN RAMADHAN "SANDARAN"


Kalau kita benar beriman
Allah adalah sandaran
Tempat mengadu dan memohon pertolongan
Tempat menentramkan kekhawatiran akan masa depan
Karena Dia adalah Maha Tahu
Pengetahuannya tidak dibatasi oleh waktu
Tak satu peristiwapun luput dari-Nya
Kekuasaan-Nya adalah jaminan masa depan kita
Sepanjang kita tetap berada di jalan-Nya
Dan tidak membangkang perintah-Nya
Tak ada yang perlu ditakutkan
Tak ada yang perlu disedihkan
Karena Dia-lah penjaga paling perkasa
Dan penjamin yang paling terpercaya

Selamat menunaikan ibadah puasa , semoga puasa kita di terima oleh Allah SWT amin......

Wednesday, 3 July 2013

SELAMAT DATANG KE TEMASYA SUKAN SEKOLAH KALI KE-9 2013

Tarikh   : 7 Julai 2013
Masa    : 8.00 pagi
Tempat : Padang SK Lesong Batu

Semua ibu bapa dan AJK PIBG dijemput hadir bagi memeriahkan temasya sukan kali ini.

SALAM RAMADHAN

Selamat menyambut bulan Ramadhan yang bakal tiba tidak lama lagi. Moga bulan yang penuh berkat dan rahmat ini kita sama-sama memperbanyakkan amal ibadat.

Selamat Berpuasa.

Wednesday, 6 February 2013

TINDAKAN SEGERA!!

Kepada penyelaras berikut :

1. Kantin - Hantar buku laporan kendiri kantin bulan Januari ke pejabat
2. 3K - Lengkapkan laporan denggi bulan Januari dan hantar kepada saya
3. Disiplin - Hantar laporan e-SSDM dan maklumat murid ke BPI

* Pada atau sebelum Jumaat 8 Februari 2013.

Terima kasih.

Sunday, 27 January 2013

MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN PERSEKOLAHAN 2013

Tarikh : 29 Januari 2013
Masa : 9.30 Pagi
Disempurnakan Oleh : YB Datuk Hjh. Norpipah Bt Abdol

Semua ibu bapa/penjaga dijemput hadir untuk menerima wang bantuan persekolahan tersebut.

Terima kasih.

TAHNIAH!


Pengerusi Kelab Guru Baharu SR Arab JAIM Jelatang. Semoga semakin rancak program Kelab Guru 2013 dan seterusnya.
ADAB-ADAB BELAJAR

1. Mendahulukan salam kepada guru dan bersalaman dengan bercium tangan sebagai tanda penghormatan- ikut jantina
2. Jangan banyak bercakap di hadapan guru
3. Jangan bercakap jikalau tidak ditanya
4. Jangan bertanya melainkan jikalau diarah oleh guru
5. Jangan menyangkal kata-kata guru
6. Jangan mengumpat pelajar lain
7. Jangan berbisik di hadapan guru
8. Jangan berpaling kiri dan kanan
9. Jangan menyoal semasa guru kepenatan
10. Berdiri apabila guru bangun
11. Dengar dengan khusyuk ilmu yang disampaikan walaupun diulang 1000 kali
12. Rujuk guru dalam memilih ilmu 
13. Jangan duduk tempat guru
14. Jangan berjalan dihadapan guru kecuali darurat
15. Jangan ketuk pintu berulang kali hingga guru keluar menemuinya
16. Sentiasa mendapat keredhaannya dan jauhkan kemurkaannya
17. Muliakan anak-anak guru
18. Selalu berhubung dengan guru
19. Elakkan tidak menziarahi guru lebih 40 hari. Ini boleh mengurangkan keberkatan ilmu
20. Selalu mendoakan guru selepas setiap solat lima waktu.
WAHAI ANAK-ANAK!

ELAKKAN MAKAN MAKANAN:
1. Jajan
2. Air atau makanan ada semut padanya
3. Makanan fast food seperti nuggets, burger, sosej
4. Makanan yang masam seperti jeruk
5. Otak ikan
6. Makanan yang berajinomoto
7. Makanan yang berbau busuk seperti- petai, jering dan bawang mentah
8. Air yang terlalu manis seperti air berkaibonat –air coke , pepsi,f&n










KERAP MAKAN MAKANAN:
1. 21 kismis sehari ( 7 biji 3x sehari ) – sekurang-kurangnya 9 biji ( 3 biji 3 x sehari ) / 3 biji sekali
2. Air kacang soya sekali sehari
3. 2 biji kurma
4. 3 biji kacang pistachios sehari



Tuesday, 22 January 2013

يا نبي سلام عليک

Selamat menyambut Maulidur Rasul 1434 Hijrah. Moga kita sentiasa mengingati Rasulullah tercinta dalam kehidupan seharian dan mengambil iktibar dalam perjuangan baginda dalam menegakkan syiar Islam.

Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah

Selamat Bercuti

Monday, 21 January 2013

PENGUATKUASAAN KAD KELUAR KELAS

SALAM UKHUWAH...

Kepada semua warga pendidik SRAJJ mulai 21 Januari 2013, sila pastikan setiap murid yang hendak keluar kelas semasa sesi p&p dikehendaki memakai kad keluar kelas yang telah diberi.. Bagi setiap kelas 2 kad disediakan.

Harap peraturan ini dapat kerjasama semua pihak warga sekolah.

Terima kasih.


CONTOH



KAD
KELUAR KELAS

SR ARAB JELATANG
JALAN SUTERA 11,
TAMAN SUTERA
78000 ALOR GAJAH
MELAKA

6 IBN KHALDUN

SALAM TERIMA KASIH

Terima kasih kepada semua warga pendidik SRAJJ yang sudi melayari blog HEM yang ringkas ini. Diharap dengan terbina blog ini dapat membantu kita dalam mengetahui perkembangan program unit HEM dari semasa ke semasa.

Wednesday, 16 January 2013

SELAMAT DATANG

Selamat datang kami ucapkan dari seluruh warga sekolah kepada Pn. Khadijah Binti Md Nor, Guru Besar baharu ke SR Arab JAIM Jelatang. Moga dengan kehadiran puan sekolah ini akan terus maju dan cemerlang.

Monday, 14 January 2013

SELAMAT BERTUGAS UNTUK SESI 2013

Assalamualaikum.

Saya mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada Setiausaha HEM dan semua penyelaras JK HEM SR Arab JAIM Jelatang kerana berjaya menyiapkan perancangan masing-masing bagi sesi persekolahan 2013. Moga dengan   usaha guru-guru sekalian dibalas Allah dengan limpahan pahalanya.



JAWATANKUASA HAL EHWAL MURID 2013

Pengerusi                            : Pn. Khadijah Binti Md Nor (Guru Besar)
Naib Pengerusi (1)               : En. Azahri Bin Ahmad (GPK HEM)
Naib Pengerusi (2)               : En. Amir Bin Daud (GPK 1)
Naib Pengerusi (3)               : En. Mohd. Sharif Bin Mohd. Ali (GPK KO-KU)
Setiausaha                           : Pn. Normala Binti Abd. Latib
Penolong Setiausaha 1         : Pn. Roshayati Binti Rahmat
Penolong Setiausaha 2         : Pn. Noramirah Binti Abd. Rahman
Ahli Jawatankuasa                : Pn. Mas Zulaina Binti Mehat (Disiplin)
                                             : Pn. Hazwah Binti Yusup (Pengawas)
                                             : En. Shahril Bin Omar (Bimbingan & Kaunseling)
                                             : Pn. Nor Afni Binti Roslan (SPBT KPM)
                                             : En. Mahthir Bin Abd. Halim ( SPBT Diniah)
                                             : Pn. Roshayati Binti Rahmat (Kantin Sekolah)
                                             : Pn. Syuhairah Binti Yusup ( 3K )
                                             : Pn. Malinah Binti Selamat (RIMUP)
                                       : Cik Nurul Shuhada Binti Mohd. Noor (Kebajikan Murid)
                                             : Pn. Nursahsuzylah Binti Mohd. Noor (RMT)
                                             : Pn. Dayang Nurul Huda Binti Harun(PS1M)
                                             : Pn. Azahar Bin Othman (Pend. Penc. Dadah)
                                             : En. Mahthir Bin Abd. Halim (KPJ)
                                         : Cik Norliza Binti Mahamud (Sistem Maklumat Murid)
Bidang Tugas:
  1. Melibatkan guru-guru dalam meningkatkan kebajikan sekolah dengan memberi fikiran dan pandangan melalui perbincangan dalam mengubal peraturan-peraturan sekolah dan jika perlu mengkaji semula dari masa ke masa.
  2. Kes-kes disiplin yang berat perlu dirujuk kepada Guru Besar sebelum tindakan di ambil ke atas pelajar berkenaan.
  3. Membincangkan masalah kebajikan murid dengan tujuan untuk membimbing dan membantu dalam menangani masalah tersebut.
  4. Menimbang dan menerima pandangan dan cadangan dari pelajar, guru serta ibu bapa mengenai hal-hal yang berkaitan dengan disiplin sekolah.
  5. Memberi bimbingan dan panduan dalam hal perlantikan pengawas-pengawas sekolah.
  6. Merancang segala aktiviti yang berpusatkan pelajar demi kepentingan mereka.
  7. Mesyuarat :
7.1   Ada dua jenis mesyuarat jawatankuasa ini iaitu mesyuarat sidang penuh dan  mesyuarat sidang kes. Kekerapan kedua-dua mesyuarat ini diadakan adalah terpulang kepada keperluan dan budi bicara Guru Besar.
7.2 Mesyuarat siding penuh ialah mesyuarat yang diadakan bagi membentangkan dan membincangkan peraturan yang digubal, membentangkan dan membincangkan cadangan tambahan dan pindaan kepada peraturan yang ada dan membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan kebajikan  pelajar-pelajar. Semua Ahli Jawatankuasa dikehendaki hadir.
7.3   Mesyuarat sidang kes ialah mesyuarat yang diadakan dari semasa ke semasa mengikut keperluan tertentu apabila Guru Besar / Pengerusi berpendapat  bahasa sidang demikian perlu diadakan.
7.4   Dalam semua mesyuarat sidang kes Ahli Jawatankuasa dikehendaki hadir.