SELAMAT DATANG KE BLOG AZAHRI AHMAD DT
Dari Abu Sa’id al-Khudri r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah ditanya: Siapakah di antara orang beriman yang paling sempurna imannya? Baginda SAW telah bersabda: Di antara orang beriman yang paling sempurna imannya ialah dia yang berjihad di jalan Allah SWT dengan diri dan hartanya. Kedua dia yang tinggal di satu lembah menyembah Allah SWT dan dia menyelamatkan orang ramai dari kejahatannya. (HR Abu Daud)

Random Hadith Widget

JAWATANKUASA HEM 2014

JAWATANKUASA HAL EHWAL MURID 2014
Pengerusi                            : Pn. Khadijah Binti Md Nor (Guru Besar)
Naib Pengerusi (1)               : En. Azahri Bin Ahmad (GPK HEM)
Naib Pengerusi (2)               : En. Amir Bin Daud (GPK 1)
Naib Pengerusi (3)               : En. Mohd. Sharif Bin Mohd. Ali (GPK KO-KU)
Setiausaha                           : Pn. Normala Binti Abd. Latib
Penolong Setiausaha 1         : Pn. Roshayati Binti Rahmat
Penolong Setiausaha 2         : Pn. Noramirah Binti Abd. Rahman
Ahli Jawatankuasa                : Pn. Hazwah Binti Yusup (Disiplin)
                                             : Pn. Malinah Binti Selamat (Pengawas)
                                             : En. Shahril Bin Omar (Bimbingan & Kaunseling)
                                             : Pn. Nor Afni Binti Roslan (SPBT KPM)
                                             : En. Mahthir Bin Abd. Halim ( SPBT Diniah)
                                             : Pn. Roshayati Binti Rahmat (Kantin Sekolah)
                                             : Pn. Nur Jasmin Binti Ab. Halim ( 3K )
                                             : Cik Nurul Shuhada Binti Mohd. Noor 
                               (Kebajikan Murid)
                                             : Pn. Nursahsuzylah Binti Mohd. Noor (RMT)
                                             : Pn. Dayang Nurul Huda Binti Harun(PS1M)
                                             : Pn. Murni Binti Samat (Pend. Penc. Dadah)
                                             : En. Mahthir Bin Abd. Halim (KPJ)
                                             : Cik Norliza Binti Mahamud 
                              (SMM/APDM)
Bidang Tugas:
  1. Melibatkan guru-guru dalam meningkatkan kebajikan sekolah dengan memberi fikiran dan pandangan melalui perbincangan dalam mengubal peraturan-peraturan sekolah dan jika perlu mengkaji semula dari masa ke masa.
  2. Kes-kes disiplin yang berat perlu dirujuk kepada Guru Besar sebelum tindakan di ambil ke atas pelajar berkenaan.
  3. Membincangkan masalah kebajikan murid dengan tujuan untuk membimbing dan membantu dalam menangani masalah tersebut.
  4. Menimbang dan menerima pandangan dan cadangan dari pelajar, guru serta ibu bapa mengenai hal-hal yang berkaitan dengan disiplin sekolah.
  5. Memberi bimbingan dan panduan dalam hal perlantikan pengawas-pengawas sekolah.
  6. Merancang segala aktiviti yang berpusatkan pelajar demi kepentingan mereka.
  7. Mesyuarat :
7.1   Ada dua jenis mesyuarat jawatankuasa ini iaitu mesyuarat sidang penuh dan  mesyuarat sidang kes. Kekerapan kedua-dua mesyuarat ini diadakan adalah terpulang kepada keperluan dan budi bicara Guru Besar.
7.2 Mesyuarat siding penuh ialah mesyuarat yang diadakan bagi membentangkan dan membincangkan peraturan yang digubal, membentangkan dan membincangkan cadangan tambahan dan pindaan kepada peraturan yang ada dan membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan kebajikan  pelajar-pelajar. Semua Ahli Jawatankuasa dikehendaki hadir.
7.3   Mesyuarat sidang kes ialah mesyuarat yang diadakan dari semasa ke semasa mengikut keperluan tertentu apabila Guru Besar / Pengerusi berpendapat  bahasa sidang demikian perlu diadakan.
7.4   Dalam semua mesyuarat sidang kes Ahli Jawatankuasa dikehendaki hadir.

No comments:

Post a Comment