SELAMAT DATANG KE BLOG AZAHRI AHMAD DT

Random Hadith Widget

Monday, 14 January 2013



JAWATANKUASA HAL EHWAL MURID 2013

Pengerusi                            : Pn. Khadijah Binti Md Nor (Guru Besar)
Naib Pengerusi (1)               : En. Azahri Bin Ahmad (GPK HEM)
Naib Pengerusi (2)               : En. Amir Bin Daud (GPK 1)
Naib Pengerusi (3)               : En. Mohd. Sharif Bin Mohd. Ali (GPK KO-KU)
Setiausaha                           : Pn. Normala Binti Abd. Latib
Penolong Setiausaha 1         : Pn. Roshayati Binti Rahmat
Penolong Setiausaha 2         : Pn. Noramirah Binti Abd. Rahman
Ahli Jawatankuasa                : Pn. Mas Zulaina Binti Mehat (Disiplin)
                                             : Pn. Hazwah Binti Yusup (Pengawas)
                                             : En. Shahril Bin Omar (Bimbingan & Kaunseling)
                                             : Pn. Nor Afni Binti Roslan (SPBT KPM)
                                             : En. Mahthir Bin Abd. Halim ( SPBT Diniah)
                                             : Pn. Roshayati Binti Rahmat (Kantin Sekolah)
                                             : Pn. Syuhairah Binti Yusup ( 3K )
                                             : Pn. Malinah Binti Selamat (RIMUP)
                                       : Cik Nurul Shuhada Binti Mohd. Noor (Kebajikan Murid)
                                             : Pn. Nursahsuzylah Binti Mohd. Noor (RMT)
                                             : Pn. Dayang Nurul Huda Binti Harun(PS1M)
                                             : Pn. Azahar Bin Othman (Pend. Penc. Dadah)
                                             : En. Mahthir Bin Abd. Halim (KPJ)
                                         : Cik Norliza Binti Mahamud (Sistem Maklumat Murid)
Bidang Tugas:
  1. Melibatkan guru-guru dalam meningkatkan kebajikan sekolah dengan memberi fikiran dan pandangan melalui perbincangan dalam mengubal peraturan-peraturan sekolah dan jika perlu mengkaji semula dari masa ke masa.
  2. Kes-kes disiplin yang berat perlu dirujuk kepada Guru Besar sebelum tindakan di ambil ke atas pelajar berkenaan.
  3. Membincangkan masalah kebajikan murid dengan tujuan untuk membimbing dan membantu dalam menangani masalah tersebut.
  4. Menimbang dan menerima pandangan dan cadangan dari pelajar, guru serta ibu bapa mengenai hal-hal yang berkaitan dengan disiplin sekolah.
  5. Memberi bimbingan dan panduan dalam hal perlantikan pengawas-pengawas sekolah.
  6. Merancang segala aktiviti yang berpusatkan pelajar demi kepentingan mereka.
  7. Mesyuarat :
7.1   Ada dua jenis mesyuarat jawatankuasa ini iaitu mesyuarat sidang penuh dan  mesyuarat sidang kes. Kekerapan kedua-dua mesyuarat ini diadakan adalah terpulang kepada keperluan dan budi bicara Guru Besar.
7.2 Mesyuarat siding penuh ialah mesyuarat yang diadakan bagi membentangkan dan membincangkan peraturan yang digubal, membentangkan dan membincangkan cadangan tambahan dan pindaan kepada peraturan yang ada dan membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan kebajikan  pelajar-pelajar. Semua Ahli Jawatankuasa dikehendaki hadir.
7.3   Mesyuarat sidang kes ialah mesyuarat yang diadakan dari semasa ke semasa mengikut keperluan tertentu apabila Guru Besar / Pengerusi berpendapat  bahasa sidang demikian perlu diadakan.
7.4   Dalam semua mesyuarat sidang kes Ahli Jawatankuasa dikehendaki hadir.

1 comment:

  1. Harap ada jawatankuasa pemantauan utk makanan murid2 dikantin sekolah arab jaim jelatang taman sutera,jalan 11. Ini berikutan aduan murid yg membeli nasi lemak yg berharga rm1,hanya mengandungi sambal dan nasi sahaja.Memang kos makanan meningkat.walaubagaimanapun,sekiranya kita membeli nasi lemak dikedai luar didalam bungkusan,yg beharga rm1,paling tidak selain sambal dan nasi,ada telur.Untuk menyedapkan rasa, murid2 terpkasa membeli ayam bersaiz kecil beharga rm1 utk di akan bersama nasi lemak tersebut. Situasi yg lebeh menghairankan,apabila ada murid2 yg kehabisan air kosong yg dibawa dari rumah,terpaksa membeli air kosong dikantin.harap guru dapat membuat siasatan,berapa sen air kosong gelas besar lebih kurang 300ml?Adakah 20sen?30?atau 40 sen?...berdasarkan pengetahuan saya,air kosong tersebut telah dijual dengan harga rm1.00...hanya utk air masak gelas 300ml??harap guru terlibat dengan pemantauan ini peka dengan kualiti makanan dan harga yang ditawarkan oleh pengusaha kantin sekolah ini yg telah lama berniaga disini.sekiranya kualiti dan harga adalah setanding dgn yg ditawarkan,maka tidak hairan jika beliau bole berniaga dikantin tersebut hingga keanak cucu.Tetapi,kualiti makanan yg dijual kepada murid2 sekolah adalah menyedihkan.Sementara makanan utk guru pula,saya lihat amat menyelerakan..Harap tender disekolah ini dijalankan secara telus.Supaya tida pihak yg tertindas,terutama murid2 sekolah,yg masih tidak faham utk menilai.cuma membeli apabila merasa lapar.Terima Kasih

    ReplyDelete