SELAMAT DATANG KE BLOG AZAHRI AHMAD DT
Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: Barangsiapa duduk dalam satu majlis yang tidak menyebut nama Allah dan tidak berselawat kepada Nabi SAW maka majlis itu akan menjadi sebab kerugian pada hari Kiamat. Maka sekiranya mahu, Allah mengazab mereka dan sekiranya mahu mengampunkan mereka. (HR Tirmizi)

Random Hadith Widget

Tuesday, 12 April 2016

PERTANDINGAN KEBERSIHAN DAN
KECERIAAN KELAS BULAN MAC 2016

Tahniah sekali lagi kelas 1 Ibn Khaldun dan 6 Ibn Sina. Johan bagi bulan Mac dan juga Johan berturut-turut.


Moga kelas-kelas yang lain dapat menceriakan lagi kelas masing-masing. Hadiah lumayan menanti pada akhir tahun kelak.



PERTANDINGAN KEBERSIHAN DAN
KECERIAAN KELAS BULAN FEBRUARI 2016

PENGENALAN:
Pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas adalah sebagai satu medium untuk guru sama-sama berusaha menambah baik dan mengolah keadaan kelas dari semasa ke semasa. Diharapkan agar kewujudan program ini dapat menjadi inspirasi kepada guru untuk menyediakan persekitaran kelas yang positif serta kondusif untuk pembelajaran para murid.

MATLAMAT :
Pertandingan ini bertujuan untuk meningkatkan tahap kebersihan dan keceriaan kelas dan persekitaran, di samping menimbulkan kesedaran tentang kepentingan menjaga kebersihan dan keceriaan kelas dan persekitaran setiap hari.

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL BULANAN:
Majlis penyampaian hadiah anugerah bagi pertandingan kebersihan dan keceriaan  sekolah bagi bulan Februari anjuran Jawatankuasa Induk 3K dan JK Kerja Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan berlangsung dengan jayanya di perhimpunan rasmi bertempat di dataran sekolah pada 7 Mac 2016 pukul 7.50 pagi bagi Tahap 2 dan pukul 5.50 petang bagi tahap 1. Anugerah untuk kelas-kelas yang memenangi pertandingan ini disampaikan oleh Guru Besar, Pn. Khadijah binti Md. Nor.



Tahniah kepada kelas yang memenangi bagi bulan Februari ini. Diharapkan aktiviti Kebersihan Kelas ini dapat berjaya memupuk semangat sayangkan alam sekitar dalam kehidupan harian murid-murid.


Thursday, 7 April 2016



KURSUS PENDEK PEMIMPIN SEKOLAH 2016

   Pada 26 Mac 2016, Unit Disiplin dan Pengawas SRAJJ dengan kerjasama Pusat Sumber, KPJ dan unit beruniform telah mengadakan Kursus Pemimpin Sekolah. Program telah bermula jam 8 - 11.30 pagi.

  Program bermula dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohamad Fadhil. Kemudian disusuli dengan ucapan ringkas oleh Guru Besar iaitu Pn. Khadijah Binti Md. Nor. Seterusnya kursus ini diserahkan kepada jurulatih jemputan iaitu En. Erzudin dari SMA Al-Asyraf. Kursus bermuala dengan acara kawad kaki asas dan disusuli selpas itu dengan ceramah motivasi tentang kepimpinan. Semua murid yang terlibat berasa teruja dengan program ini.

  Terima kasih kepada semua yang terlibat.....