PERTANDINGAN KEBERSIHAN DAN
Dari Anas r.a menceritakan bahawa seorang wanita selalu membersihkan sampah-sampah di masjid telah meninggal dunia. Baginda SAW telah diberitahu tentang kematiannya di waktu pengkebumiannya. Baginda SAW datang lalu bersabda: Apabila meninggal dunia salah seorang daripada kamu beritahulah aku. Lantas Nabi SAW menyembahyangi jenazahnya dan bersabda: Sesungguhnya aku melihat dia berada di dalam syurga kerana dia selalu membersihkan kotoran-kotoran di masjid. (HR Tabrani dan Majma uz Zawaid)
Random Hadith Widget
Tuesday, 12 April 2016
PERTANDINGAN KEBERSIHAN DAN
KECERIAAN KELAS BULAN FEBRUARI 2016
PENGENALAN:
Pertandingan
kebersihan dan keceriaan kelas adalah sebagai satu medium untuk guru sama-sama
berusaha menambah baik dan mengolah keadaan kelas dari semasa ke semasa.
Diharapkan agar kewujudan program ini dapat menjadi inspirasi kepada guru untuk
menyediakan persekitaran kelas yang positif serta kondusif untuk pembelajaran
para murid.
MATLAMAT :
Pertandingan ini bertujuan untuk meningkatkan tahap
kebersihan dan keceriaan kelas dan persekitaran, di samping menimbulkan
kesedaran tentang kepentingan menjaga kebersihan dan keceriaan kelas dan
persekitaran setiap hari.
MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL BULANAN:
Majlis penyampaian hadiah anugerah bagi pertandingan
kebersihan dan keceriaan sekolah bagi
bulan Februari anjuran Jawatankuasa Induk 3K dan JK Kerja Pertandingan
Kebersihan dan Keceriaan berlangsung dengan jayanya di perhimpunan rasmi bertempat
di dataran sekolah pada 7 Mac 2016 pukul 7.50 pagi bagi Tahap 2 dan pukul 5.50
petang bagi tahap 1. Anugerah untuk kelas-kelas yang memenangi pertandingan ini
disampaikan oleh Guru Besar, Pn. Khadijah binti Md. Nor.

Tahniah kepada kelas yang memenangi bagi bulan Februari
ini. Diharapkan aktiviti Kebersihan Kelas ini dapat berjaya memupuk semangat sayangkan
alam sekitar dalam kehidupan harian murid-murid.
Thursday, 7 April 2016
KURSUS PENDEK PEMIMPIN SEKOLAH 2016
Pada 26 Mac 2016, Unit Disiplin dan Pengawas SRAJJ dengan kerjasama Pusat Sumber, KPJ dan unit beruniform telah mengadakan Kursus Pemimpin Sekolah. Program telah bermula jam 8 - 11.30 pagi.
Program bermula dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohamad Fadhil. Kemudian disusuli dengan ucapan ringkas oleh Guru Besar iaitu Pn. Khadijah Binti Md. Nor. Seterusnya kursus ini diserahkan kepada jurulatih jemputan iaitu En. Erzudin dari SMA Al-Asyraf. Kursus bermuala dengan acara kawad kaki asas dan disusuli selpas itu dengan ceramah motivasi tentang kepimpinan. Semua murid yang terlibat berasa teruja dengan program ini.
Terima kasih kepada semua yang terlibat.....




Monday, 21 March 2016
MAJLIS PELANTIKAN PEMIMPIN SEKOLAH 2016
Majlis Pelantikan ini telah diadakan pada 30 Januari 2016. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh SM Hamzah bin Mohdi, pemangku KB Alor Gajah. Majlis berlangsung bermula jam 7.35 hingga 9.00 pagi.
TAHNIAH KEPADA SEMUA PEMIMPIN SEKOLAH YANG TELAH DILANTIK UNTUK SESI 2016!


Subscribe to:
Posts (Atom)